Wednesday, January 18, 2012

akhbar harakah

semalam aku sempat membaca akhbar harakah semasa dalam perjalanan balik ke rumah yang mengambil masa sejam..tentunya bukan aku yang membeli akhbar itu..almaklumlah aku tiada masa mahu mencari akhbar nasional yang selalunya dijual pada waktu petang sahaja...lagipun akhbar online sekarang ada..huhuhu..walaupun tidak puas tetapi itulah pilihan yang ada..heheheh..akhbar harakah bapa kesayanganku yang beli..dia bukanlah pro kepada parti pembangkang walau kekadang terlebih over juga ulasannya terhadap parti kerajaan..tapi aku suka mendengarnya..terbuka juga pengetahuan aku yang serba sedikit ini..

erm sepanjang membaca akhbar tersebut banyak juga tulisan yang menarik perhatian aku..antaranya Demokrasi Katak Tempurung..dan antara kata-kata yang suka untuk aku baca apabila penulis mengatakan apabila parlimen dibubarkan tiada siapa yang boleh berkempen dibawah kapasiti kerajaan..semua parti yang bertanding mempunyai hak yang sama, berpeluang berkempen dalam media kerajaan, media bebas, suara tidak disekat..tapi di Malaysia halangan pembangkang bukan sekadar disekat dari aspk kewangan bahkan dari semua segi penjuru..rapat umum parti kerajaan boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen  menggunakan nama BN..media utama dikuasai 100 peratus oleh parti memerintah..jika di Thailand parti pro thaksin didakwa menggunakan wang untuk membeli undi..tapi di malaysia BN guna duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk membeli undi..hehehe..hanya sampai situ yang aku ingat..tapi banyak lagi sebenranya yang dia tulis..

aku suka baca tulisannya..bagaimana penulis itu mempersoalkan sistem demokrasi yang begitu unggul sebenarnya pincang sama sekali..demokrasi yang dicipta untuk membolehkan mereka terus menggunakan kapasiti sebagai pemimpin..menarik..ada betulnya juga...itu komen aku..

lagi tajuk yang turut menarik perhatian aku..Bantah Kerajaan Pindah Aset KPF..apa yang menarik perhatian aku ialah apabila penulis mempertikaikan apa perlunya pengapungan aset felda untuk disenarai di bursa saham..apa jaminan PM bahawa aset felda itu akan kekal dan tidak jatuh ke tangan asing sedangkan pasaran saham turun naik..bagaimana PM hanya boleh berjanji mengatakan peneroka akan mendapat durian runtuh...penulis menyatakan perkara itu dibahas dan dibincang dengan cermat..terus aku terfikir..betullah apa yang dia tulis..mungkin PM sekarang boleh berjanji macam-macam tapi macam mana akan datang..huhuh..

erm banyak yang ingin ditulis tetapi setakat ini sahaja..nanti sambung...

Sunday, January 1, 2012

Peluang

Peluang tidak menunggu kita. Ayat ini memang ada kebenarannya. Kerana jika kita tidak merebut peluang yang ada, kita akan terlepas atau mungkin kita tidak lagi berpeluang untuk mempunyai peluang kedua, ketiga atau seterusnya. Umpama ayat yang acap kali dituturkan oleh setiap daripada kita yang berbunyi, ''kita hidup hanya sekali, jadi hargailah'' atau ''masa muda hanya sekali''..semuanya hanya SEKALI..betulkah??

Kekadang peluang yang datang selalunya memerlukan kita untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil peluang yang ada atau menolaknya..dan keputusan itu selalunya membuatkan kita mengenepikan peluang yang ada.

Hehehe..pelik tetapi itulah hakikat kehidupan..ada yang hanya bersikap redha(menyerah) atau pasrah(terpaksa) apabila berhadapan dengan situasi yang tidak memungkinkan kita untuk tidak merebut peluang yang terhidang di depan mata..Kerana keyakinan bahawa pasti akan ada..yang lebih baik untuk kita atau ayat yang menyedapkan diri sendiri ia bukan rezeki kita..kerana sebaik-baik perancangan itu hanya DIA yang maha mengetahui dan maha menentukan.

Idea ini dipetik apabila terlihat iklan audition Mentor di televisyen pagi tadi..umur penyertaan 18 hingga 26 tahun..erm rupanya dah terlepas peluang nak join..hehehe walaupun xda niat sebenarnya..


Friday, December 30, 2011

Azam baru

Hari ini 31 Disember bersamaan hari sabtu menandakan berakhir lah sudah tahun 2011.. dan esok tahun baru 2012 akan membuka tirai..dan untuk sekian kalinya jemari ini ingin sekali untuk mencoret segala memori yang akan berlaku sepanjang tahun 2012 nanti..dan aku yakin Cik Pit sentiasa bertanya bila aku akan update kan..hehehe..jangan risau setiap kali aku mempunyai masa akan aku coretkan apa jua yang ingin aku kongsikan..dan kau blog..akan menjadi tasik yang sentiasa bersama dengan teratai walau apa pun berlaku..

Teratai nama itu telah aku abadikan untuk blog ini...dan kenapa nama itu aku pilih??hanya satu penyebab utamanya..kerana sebuah lagu yang berjudul TERATAI..nyayian kumpulan Sweet Charity..lagu yang paling aku minati..lagu yang pernah membuat aku cemburu kepada seseorang dan membuatkan aku mengenali seseorang walaupun untuk tempoh yang singkat..hehe..teringat pula kembali kenangan itu..

tapi yang pasti tahun baru kali ini berbeza sedikit..aku pun tidak tahu apa yang berbeza..mungkin hanya perasaan atau ...erm entahlah tapi yang pasti azam aku untuk tahun ini juga berubah..hehe..mungkin sesuai dengan pertambahan umur yang bukan lagi menjadikan aku gadis remaja belasan tahun (seperti yang sentiasa aku katakan kepada diriku) tapi berubah menjadi gadis dewasa yang perlu sentiasa menjadi matang dalam apa jua yang dilakukan..dan yang pasti aku tidak lagi berazam untuk menjadi kaya..(erm banyak duit tanpa perlu bekerja) atau (berangan mendapat suami yang kaya) tapi sebaliknya hanya satu yang aku nekadkan aku ingin menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianMU tuhan..Amin..

selamat tahun baru..




Saturday, July 2, 2011

Menunggu

MENUNGGU...tiap kali bercakap mengenai menunggu berapa ramai dalam kalangan kita yang suka menunggu????erm..saya yakin tidak ramai orang suka menunggu..dan kebanyakkan orang akan bercakap menunggu adalah perkara yang paling dibenci dalam hidup..menunggu membuang masa..menunggu sesuatu yang menyakitkan..menunggu suatu penyeksaan..namun perkara menunggu akan tetap terjadi kepada diri kita..percaya dan yakin tidak ada seorang pun yang tidak pernah menunggu..hakikatnya menunggu adalah antara perkara popular yang seringkali kita lakukan..dan sangat bertuah sebenarnya mereka yang sangat menghargai tiap detik masa yang berjalan..

Semalam adik bongsu saya sempat bertanya..''kak adakah membuang masa, menyakitkan hati??.. jika kita ''menunggu'' seseorang dengan melihat pemandangan sekeliling..macam-macam kita dapat lihat..menghayati bagaimana kita menarik helaian nafas yang melalui setiap urat darah kita untuk menyalurkan oksigen..menggunakan mulut kita untuk tidak mengeluh sebaliknya menyanyi atau mungkin boleh berzikir kalau terfikir untuk terus ingat pada-NYA''tanyanya dengan senyuman yang membuatkan diri ini tergelak..aduh adinda kesayangan..tidak mampu rasanya diri ini untuk menjawab soalan yang dikemukakan..terasa susah mengalahkan soalan temuduga..hahaha..mungkin ia soalan luar biasa yang jarang difikirkan..namun selepas ini saya akan sentiasa terfikir untuk bertanya jika ada orang yang tidak suka menunggu..

Walau apa pun yang kita fikirkan dan rasakan ketika menunggu..mungkin banyak benda yang tidak pernah kita lihat dan fikirkan sebagai membawa manfaat dan kebaikan..hahaha..mungkin dengan hanya memandang lalang yang bergoyang-goyang ditiup angin..mungkin kita boleh bayangkan betapa gembiranya lalang itu meliuk-liuk ke kiri ke kanan kerana mendapat angin yang  segar bukan menggunakan tiupan kipas mahupun aircond..hahaha..jika ada yang berfikir sampai ke tahap ini pasti kesabarannya berada di aras yang paling tinggi..hahahaha..namun tiada perkara yang tidak boleh dilakukan selagi kita mahu..

Maknanya..menunggu selagi mampu..kerana kemampuan bergantung kepada kesabaran..dan selalunya kesabaran membawa kepada kebahagiaan sebagaimana yang telah dijanjikan..

Thursday, June 16, 2011

pilihan

Dalam hidup boleh dihitungkah berapa kali kita perlu membuat pilihan untuk mencapai keputusan??..tentu tidak terhitung..kerana setiap perjalanan masa yang kita lalui kita perlu untuk membuat keputusan..dan tentunya keputusan yang kita pilih adalah penentu kepada apa jua kesan yang bakal kita terima..antara redha dan pasrah..terima seadanya..

Seringkali juga kita akan cuba untuk sentiasa bersikap positif walaupun kita tahu risiko yang kita terima..namun begitu walau apa pun pilihan yang kita lakukan tentunya ia sesuatu pengalaman yang perlu kita hayati untuk mendewasakan dan mematangkan kita menjadi insan yang bijak..kerana menjadi bijak bukan hanya dengan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan..tetapi melalui bagaimana kita berfikir untuk mencari penyelesaian dalam setiap permasalahan yang kita hadapi.

Dan yang pasti setiap pilihan yang kita lalui punca risiko dan kesan yang berbeza..namun ada juga pilihan yang risiko dan kesannya sama tetapi memerlukan kita untuk membuat keputusan dalam waktu singkat sehingga kata orang tidak sempat untuk melakukan solat istikharah..hahahaha..

Semalam, adik bongsu kesayangan saya sempat mengutarakan satu persoalan sehingga jemari saya lancar menaip huruf pada keypad komputer hari ini..berbalik kepada cerita adik kesayangan saya itu..dia sebenarnya berusaha untuk membuat keputusan sendiri atau lebih tepat mencari penyelesaian kepada masalahnya iaitu samaada memilih untuk memiliki telefon bimbit ataupun kasut bola sepak..baginya kedua-dua benda itu sangat penting untuk dirinya..namun perlu memilih untuk memiliki salah satu daripadanya..kerana tiada perkara yang boleh kita perolehi dengan mudah tanpa perlu berusaha ke arahnya..(pendapat sendiri)..pilihan itu perlu dia lakukan sebagai ganjaran jika mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan..

Puas dia bertanya untuk mendapatkan keputusan daripada saya..namun saya lebih suka untuk memulangkan kembali persoalan yang dia utarakan..biar dia membuat keputusan yang dia lakukan tanpa dipengaruhi oleh orang lain..biar dia diberi kebebasan untuk sentiasa berfikir yang mana lebih baik..kerana berfikir itu lebih baik daripada bertanya..fikir dahulu jika memang tiada jawapan untuk persoalan yang kita timbulkan baru bertanya..kerana ''kita lebih hebat daripada apa yang kita sangkakan''..mungkin kita tidak mendapat jawapan kepada persoalan itu, tetapi mungkin kita boleh mencetuskan perkara baru yang tidak pernah terjangkau sebelum ini oleh akal fikir kita..


Monday, June 6, 2011

fikir untuk lebih mudah

Terkesima..tidak percaya..itu antara perasaan yang ada ketika membaca laporan berkenaan..biar betul..wartawan ni..fikir saya.. tak kan lah pasukan bomba boleh sampai dalam masa dua minit sahaja untuk jarak sedemikian..sedangkan kawasan itu adalah tempat yang memang selalu sesak..memang luar dugaan..tetapi kalau betul lah..pasukan berkenaan perlu diberi penghargaan..menjadi pasukan penyelamat yang paling cepat sampai ke tempat kejadian..sekali tunjukkan pada adik bongsu, dia ketawa..boleh dia cakap..agak-agaklah kalau menulis berita..biarlah betul dan tepat jangan main tulis sahaja..

Hahaha..itu antara senario yang berlaku semalam..biasalah apabila membaca surat khabar..satu perkataan pun tidak ingin diabaikan..rugi kalau tidak baca semua..mana lagi guna duit untuk beli..sedangkan boleh baca guna internet sahaja..hahaaha..mungkin sudah terbiasa..tidak puas rasanya membaca berita guna online sahaja..sebab bila bosan sahaja boleh buka lagi..dan yang pasti bila membaca sahaja pasti ada perkara baru yang boleh disembangkan walaupun perkara kecil macam situasi tadi..mencari kesalahan wartawan juga menjadi salah satu perkara yang menjadi kegemaran..hahahaha..

Sebenarnya bukan untuk apa..saja menguji diri sendiri dan adik-adik yang lain supaya menggunakan perkataan yang betul..Teringat kata seorang pakar motivasi sewaktu kecil dahulu..jika ingin lulus dalam kertas Bahasa Melayu..tengok dan dengar sahaja mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir berucap..sebab beliau menggunakan bahasa melayu yang betul..jika ingin mengajar anak membaca..bawa dia menonton cerita cina..sebab pasti ada terjemahan dalam bahasa melayu..jika ingin anak pandai berbahasa Inggeris pula..bawa dia menonton cerita orang putih yang tiada terjemahan..ini antara tips yang paling mudah dan murah serta berkesan tanpa perlu membazir duit menghantar anak ke pusat tuisyen..

Namun membaca surat khabar sebenarnya antara cara yang lebih mudah mengajar kita menggunakan bahasa yang betul..kerana penyunting dan wartawan perlu sentiasa menggunakan bahasa yang betul bagi menjaga profesion mereka..jadi tidak rugi sebenarnya kalau hanya kita menggunakan seringgit dua untuk membeli bahan yang boleh menjadi ilmu kepada kita..tidak membazir pun berbanding kita gunakan untuk untuk membeli peralatan lain...hehehehe.

Hehe..lagi satu banyak benda atau perkara yang paling mudah mengajar kita menggunakan bahasa melayu yang betul..tidak perlu menjadi lebih pandai untuk mendapatkan ilmu..namun perlu menjadi pandai untuk memberi ilmu..hehehe


Sunday, June 5, 2011

Kenangan semalam

Petang itu Nor sempat berkunjung ke rumah untuk menyerahkan kad undangan perkahwinannya. ``Datanglah jangan tak datang pula ya’’. Nor menyerahkan kad undangan itu ke tangan saya.
 Saya hanya tersenyum sambil mulut mengucap kalimat InsyaAllah. ``Bila langsungnya?’’ Tanya saya yang masih belum membuka kad undangan tersebut.
``Hari ahad ni’’. Jawab Nor bersungguh. Keceriaan jelas terpancar diwajahnya. Sekali lagi kalimat InsyaAllah saya tuturkan. Sememangnya takut untuk memberikan kata putus maklumlah banyak betul  kad undangan yang datang. Sekarangkan  musim cuti sekolah. Maknanya ramai yang berkelapangan untuk menghadiri majlis.  Diri pula memang tidak boleh keluar bersendirian tanpa ditemani.
Sekembalinya Nor dari rumah petang itu, barulah kad undangannya saya buka. Kad undangannya seperti gambar dalam versi 4R. Terlihat gambarnya  dan bakal suaminya  terpampang senyum di kad undangan tersebut. Akan terbina lagi satu masjid. Ujar saya dalam hati.
Dalam-dalam membelek kad undangan tersebut muncul adik bongsu yang sibuk juga ingin membaca apa yang saya baca.
``Kawan kakak kah? Kenapa orang suka bagi kad yang ada nampak muka nanti lepas baca orang buang dalam tong sampah jak, kan membazir . Nanti orang datang juga kan majlis tu, tak payahlah bagi tengok muka dulu. Biar suprise‘’. Spontan dia menyatakan pendapatnya.  Saya hanya tersenyum.
Biasalah dik , benda yang cantik selalu orang nak buat walaupun kadang-kadang tidak memberi  faedah.  Saya hanya bercakap dalam hati. Biarlah dia fikir sendiri jawapannya.
Malam ahad itu, akhirnya sempat juga saya menghadiri majlis perkahwinan Nor ditemani adik. Tentunya majlis perkahwinan Nor malam itu umpama majlis reunion antara kami semua rakan-rakan sekolah. Almaklumlah hampir 5 tahun juga tidak bertemu. Dan tentunya ramai dalam kalangan rakan-rakan malam itu membawa pasangan masing-masing. Hanya beberapa orang sahaja yang masih 'single' termasuk saya. Dan tentunya soalan popular yang tidak lepas dari kawan-kawan malam itu, ialah bila pula agaknya dapat makan dikenduri saya.
Aduh susah betul menjawab soalan itu. Saya sendiri pun tidak tahu jawapannya. Hanya mampu mengatakan putera kayangan saya belum muncul lagi. Pelbagai respon juga yang diberikan kepada saya. Ada yang cakap terlalu memilihlah? Ada yang cakap, susah betul mau pinang saya kena ada dulang hati nyamuk lah..haha rasa tergelak juga dengar gurauan kawan-kawan malam itu. Tidak kurang juga yang sengaja ingin memadankan dengan kawan yang 'single' juga.macam-macam.
Dan untuk perkara itu, teringat ketika belajar dulu. Sewaktu menjadi penyunting surat khabar kampus. Sempat juga mengeluarkan satu rencana yang telah dihasilkan oleh rakan sekuliah berkaitan dengan 'perkahwinan di usia muda'. Ketika itu, rakan tersebut menulis mengenai kebaikan dan keburukan berkahwin seawal usia muda.
Dan kerana artikel itulah saya dipanggil ke bilik pensyarah. Akibat daripada beberapa orang kawan lain yang tidak berpuas hati kerana pemilihan artikel tersebut berbanding artikel mereka. Saya dipanggil hanya kerana pensyarah tersebut inginkan penjelasan saya mengapa saya memilih rencana tersebut berbanding yang lain. hahaha.
Dan saya masih ingat jawapan yang telah saya berikan kepada pensyarah tersebut. Jawapan saya cukup mudah. Saya katakana ia sangat releven untuk golongan muda seperti saya. saya ingin tahu bagaimana untuk membentuk rumah tangga yang bahagia di usia muda. Saya ingin rakan-rakan yang lain tahu bahawa untuk mendirikan rumah tangga perlu mempunyai ilmu. Berapi-api juga menjawab ketika itu. Bayangkan untuk orang yang kurang bercakap sekali diberi peluang bercakap mempertahankan pandangannya, macam seorang wakil politik sahaja lagaknya (bak kata rakan editor ketika itu).. haha.
Mungkin bagi yang sudah berkahwin tentunya alam perkahwinan adalah pelengkap kepada perjalanan hidup ini. Bak kata sempurna separuh daripada iman.  Dan yang pasti perkahwinan tentunya jihad. Kepada rakan-rakan yang baru sahaja mendirikan mahligai perkahwinan semoga berbahagia dan mendapat keberkatan hidup. Bagi yang masih terus mencari dan menanti..semoga dipertemukan insan yang layak untuk menjadi ketua kepada kapal yang bakal di dirikan. Amin.