semalam aku sempat membaca akhbar harakah semasa dalam perjalanan balik ke rumah yang mengambil masa sejam..tentunya bukan aku yang membeli akhbar itu..almaklumlah aku tiada masa mahu mencari akhbar nasional yang selalunya dijual pada waktu petang sahaja...lagipun akhbar online sekarang ada..huhuhu..walaupun tidak puas tetapi itulah pilihan yang ada..heheheh..akhbar harakah bapa kesayanganku yang beli..dia bukanlah pro kepada parti pembangkang walau kekadang terlebih over juga ulasannya terhadap parti kerajaan..tapi aku suka mendengarnya..terbuka juga pengetahuan aku yang serba sedikit ini..
erm sepanjang membaca akhbar tersebut banyak juga tulisan yang menarik perhatian aku..antaranya Demokrasi Katak Tempurung..dan antara kata-kata yang suka untuk aku baca apabila penulis mengatakan apabila parlimen dibubarkan tiada siapa yang boleh berkempen dibawah kapasiti kerajaan..semua parti yang bertanding mempunyai hak yang sama, berpeluang berkempen dalam media kerajaan, media bebas, suara tidak disekat..tapi di Malaysia halangan pembangkang bukan sekadar disekat dari aspk kewangan bahkan dari semua segi penjuru..rapat umum parti kerajaan boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen menggunakan nama BN..media utama dikuasai 100 peratus oleh parti memerintah..jika di Thailand parti pro thaksin didakwa menggunakan wang untuk membeli undi..tapi di malaysia BN guna duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk membeli undi..hehehe..hanya sampai situ yang aku ingat..tapi banyak lagi sebenranya yang dia tulis..
aku suka baca tulisannya..bagaimana penulis itu mempersoalkan sistem demokrasi yang begitu unggul sebenarnya pincang sama sekali..demokrasi yang dicipta untuk membolehkan mereka terus menggunakan kapasiti sebagai pemimpin..menarik..ada betulnya juga...itu komen aku..
lagi tajuk yang turut menarik perhatian aku..Bantah Kerajaan Pindah Aset KPF..apa yang menarik perhatian aku ialah apabila penulis mempertikaikan apa perlunya pengapungan aset felda untuk disenarai di bursa saham..apa jaminan PM bahawa aset felda itu akan kekal dan tidak jatuh ke tangan asing sedangkan pasaran saham turun naik..bagaimana PM hanya boleh berjanji mengatakan peneroka akan mendapat durian runtuh...penulis menyatakan perkara itu dibahas dan dibincang dengan cermat..terus aku terfikir..betullah apa yang dia tulis..mungkin PM sekarang boleh berjanji macam-macam tapi macam mana akan datang..huhuh..
erm banyak yang ingin ditulis tetapi setakat ini sahaja..nanti sambung...
No comments:
Post a Comment