senyum...itu antara perkataan paling mujarab mampu membuatkan hati yang panas bertambah ceria..hati marah beransur reda..perasaan malu bertukar menjadi perasaan yang boleh diabaikan...apatah lagi ia merupakan sedekah yang tak perlu orang perikaikan keikhlasannya...itu kuasa senyum..senyum yang mampu mengubah keseluruhan perjalanan sehari hidup..tentunya kalau buka laman web wikipedia pelbagai kebaikan tentang senyum dihuraikan satu persatu..namun mampukah kita memanfaatkan kuasa dan kebaikkan perkataan dan perbuatan senyum itu apabila kita berhadapan dengan insan yang tidak sepatutnya atau kejadian yang tidak ingin berlaku pun dalam hidup??tepuk dada tanya hati...
tapi yang pasti apabila menonton drama korea, cemburu dengan masyarakatnya yang begitu menghormati dan saling menyapa setiap masa antara satu sama lain..namun kita di sini..erm bagi salam pun berat sangat mulut..apatah lagi senyum...
tapi apapun mulakan hari dengan ucapan syukur kepada tuhan yang sentiasa memberi peluang kepada kita untuk terus menghirup udara segar dan berilah senyuman kepada setiap orang yang anda ketemui..tak rugi pun..malahan untung..
No comments:
Post a Comment