Wednesday, February 29, 2012

jawapan

Kenapa mesti pilih kerja ini??kenapa tidak pohon kerja seperti si polan dan si polan..erm itu antara teguran yang dibuat oleh beberapa orang sepupu sehingga membolehkan untuk aku meluahkan sesuatu yang lebih bersifat peribadi..dilema yang aku hadapi..hahaahha..salahkah jika aku memilih untuk menjadi seperti yang aku lakukan sekarang ini??perlukah untuk mencontohi apa yang orang lain lakukan??sendiri tanya sendiri jawablah kan nini..

Erm sehingga aku menulis untuk post di blog ini baru aku tahu kenapa aku memilih kerjaya yang sememangnya tidak akan menjadikan aku seorang hartawan ataupun jutawan...atau membolehkan untuk aku hanya duduk di kerusi, di dalam bilik berhawa dingin ataupun masuk kerja mengikut waktu yang ditetapkan...

``Aku tidak mahu menjadi orang yang serba tahu tetapi aku ingin menjadi yang pertama untuk tahu'' itu jawapan kepada soalan sepupu-sepupu ku yang tersayang..soalan yang aku rasa lebih susah dari semua soalan yang pernah aku terima..hahaha..

Soalan yang begitu mencabar sehingga aku tidak mampu menjawabnya secara terus..kerana aku tidak mahu jawapan yang aku berikan nanti akan membuatkan aku termasuk dalam kalangan mereka...mempertikaikan apa orang lain buat dan kerjakan..sedangkan setiap dari kita mempunyai fungsi dan tugas yang perlu dilaksanakan..

Tidak mengapa jika aku tidak mempunyai pangkat...tidak mengapa jika aku tidak menjadi bos...tidak mengapa jika aku tidak dihormat oleh orang...kerana sesekali aku merasa menjadi VVIP...kerana sesekali aku boleh mempengaruhi orang lain untuk membincangkan apa yang telah aku hasilkan..kerana sesekali ada orang lain yang akan terkesan dengan apa yang aku lakukan...itu sudah cukup dan terlebih cukup untuk membayar apa yang aku lakukan..

Kerana aku tahu sepupu-sepupuku yang tersayang anda tidak akan merasa apa yang aku rasa...kebebasan, kepuasan..itu lebih penting dari menunggu pengumuman `gembira' atau `habuan', `bonus'..hahaha..setiap kali belanjawan di bentangkan..

Dan tentunya..aku tidak perlu berhutang dengan rakyat untuk setiap masa, dan wang... jika aku tidak mampu melayan atau memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka...

Teringat filem P.Ramlee..Ibu Mertuaku..hahaha
``Siapa dia Kassim Selamat?..Lawyer,majistret..hahahha
``Ahli Muzik..pantang nenek moyang aku..hahaha..tak ingat daa..





Monday, February 20, 2012

senyum

senyum...itu antara perkataan paling mujarab mampu membuatkan hati yang panas bertambah ceria..hati marah beransur reda..perasaan malu bertukar menjadi perasaan yang boleh diabaikan...apatah lagi ia merupakan sedekah yang tak perlu orang perikaikan keikhlasannya...itu kuasa senyum..senyum yang mampu mengubah keseluruhan perjalanan sehari hidup..tentunya kalau buka laman web wikipedia pelbagai kebaikan tentang senyum dihuraikan satu persatu..namun mampukah kita memanfaatkan kuasa dan kebaikkan perkataan dan perbuatan senyum itu apabila kita berhadapan dengan insan yang tidak sepatutnya atau kejadian yang tidak ingin berlaku pun dalam hidup??tepuk dada tanya hati...

tapi yang pasti apabila menonton drama korea, cemburu dengan masyarakatnya yang begitu menghormati dan saling menyapa setiap masa antara satu sama lain..namun kita di sini..erm bagi salam pun berat sangat mulut..apatah lagi senyum...

tapi apapun mulakan hari dengan ucapan syukur kepada tuhan yang sentiasa memberi peluang kepada kita untuk terus menghirup udara segar dan berilah senyuman kepada setiap orang yang anda ketemui..tak rugi pun..malahan untung..