Sunday, June 5, 2011

Kenangan semalam

Petang itu Nor sempat berkunjung ke rumah untuk menyerahkan kad undangan perkahwinannya. ``Datanglah jangan tak datang pula ya’’. Nor menyerahkan kad undangan itu ke tangan saya.
 Saya hanya tersenyum sambil mulut mengucap kalimat InsyaAllah. ``Bila langsungnya?’’ Tanya saya yang masih belum membuka kad undangan tersebut.
``Hari ahad ni’’. Jawab Nor bersungguh. Keceriaan jelas terpancar diwajahnya. Sekali lagi kalimat InsyaAllah saya tuturkan. Sememangnya takut untuk memberikan kata putus maklumlah banyak betul  kad undangan yang datang. Sekarangkan  musim cuti sekolah. Maknanya ramai yang berkelapangan untuk menghadiri majlis.  Diri pula memang tidak boleh keluar bersendirian tanpa ditemani.
Sekembalinya Nor dari rumah petang itu, barulah kad undangannya saya buka. Kad undangannya seperti gambar dalam versi 4R. Terlihat gambarnya  dan bakal suaminya  terpampang senyum di kad undangan tersebut. Akan terbina lagi satu masjid. Ujar saya dalam hati.
Dalam-dalam membelek kad undangan tersebut muncul adik bongsu yang sibuk juga ingin membaca apa yang saya baca.
``Kawan kakak kah? Kenapa orang suka bagi kad yang ada nampak muka nanti lepas baca orang buang dalam tong sampah jak, kan membazir . Nanti orang datang juga kan majlis tu, tak payahlah bagi tengok muka dulu. Biar suprise‘’. Spontan dia menyatakan pendapatnya.  Saya hanya tersenyum.
Biasalah dik , benda yang cantik selalu orang nak buat walaupun kadang-kadang tidak memberi  faedah.  Saya hanya bercakap dalam hati. Biarlah dia fikir sendiri jawapannya.
Malam ahad itu, akhirnya sempat juga saya menghadiri majlis perkahwinan Nor ditemani adik. Tentunya majlis perkahwinan Nor malam itu umpama majlis reunion antara kami semua rakan-rakan sekolah. Almaklumlah hampir 5 tahun juga tidak bertemu. Dan tentunya ramai dalam kalangan rakan-rakan malam itu membawa pasangan masing-masing. Hanya beberapa orang sahaja yang masih 'single' termasuk saya. Dan tentunya soalan popular yang tidak lepas dari kawan-kawan malam itu, ialah bila pula agaknya dapat makan dikenduri saya.
Aduh susah betul menjawab soalan itu. Saya sendiri pun tidak tahu jawapannya. Hanya mampu mengatakan putera kayangan saya belum muncul lagi. Pelbagai respon juga yang diberikan kepada saya. Ada yang cakap terlalu memilihlah? Ada yang cakap, susah betul mau pinang saya kena ada dulang hati nyamuk lah..haha rasa tergelak juga dengar gurauan kawan-kawan malam itu. Tidak kurang juga yang sengaja ingin memadankan dengan kawan yang 'single' juga.macam-macam.
Dan untuk perkara itu, teringat ketika belajar dulu. Sewaktu menjadi penyunting surat khabar kampus. Sempat juga mengeluarkan satu rencana yang telah dihasilkan oleh rakan sekuliah berkaitan dengan 'perkahwinan di usia muda'. Ketika itu, rakan tersebut menulis mengenai kebaikan dan keburukan berkahwin seawal usia muda.
Dan kerana artikel itulah saya dipanggil ke bilik pensyarah. Akibat daripada beberapa orang kawan lain yang tidak berpuas hati kerana pemilihan artikel tersebut berbanding artikel mereka. Saya dipanggil hanya kerana pensyarah tersebut inginkan penjelasan saya mengapa saya memilih rencana tersebut berbanding yang lain. hahaha.
Dan saya masih ingat jawapan yang telah saya berikan kepada pensyarah tersebut. Jawapan saya cukup mudah. Saya katakana ia sangat releven untuk golongan muda seperti saya. saya ingin tahu bagaimana untuk membentuk rumah tangga yang bahagia di usia muda. Saya ingin rakan-rakan yang lain tahu bahawa untuk mendirikan rumah tangga perlu mempunyai ilmu. Berapi-api juga menjawab ketika itu. Bayangkan untuk orang yang kurang bercakap sekali diberi peluang bercakap mempertahankan pandangannya, macam seorang wakil politik sahaja lagaknya (bak kata rakan editor ketika itu).. haha.
Mungkin bagi yang sudah berkahwin tentunya alam perkahwinan adalah pelengkap kepada perjalanan hidup ini. Bak kata sempurna separuh daripada iman.  Dan yang pasti perkahwinan tentunya jihad. Kepada rakan-rakan yang baru sahaja mendirikan mahligai perkahwinan semoga berbahagia dan mendapat keberkatan hidup. Bagi yang masih terus mencari dan menanti..semoga dipertemukan insan yang layak untuk menjadi ketua kepada kapal yang bakal di dirikan. Amin.

No comments:

Post a Comment