Saturday, May 21, 2011

Tangisan

Setiap kali menangis apa yang kita rasakan??..tentunya satu perasan yang begitu tidak selesa dan berharap agar ia cepat berlalu. kerana apabila kita menangis pastinya wajah kita berada dalam keadaan hodoh walaupun kerana tiada senyuman yang sentiasa membuat wajah kita kelihatan cantik setiap masa..namun kekadang ada juga yang menangis walaupun mendapat khabar gembira..Mengapa agaknya??..

Tetapi tidak perlu untuk kita huraikan bagaimana kita boleh mengalirkan air mata..atau membuat kajian bagaimana air mata boleh terhasil semasa kita berada dalam situasi sedih..kerana pastinya hanya tuhan mempunyai jawapan kepada setiap persoalan..apapun kajian yang boleh dikaitkan dengan bagaimana air mata boleh terhasil apabila kita sedih hanya sebagai jawapan kepada perasaan ingin tahu..kerana naluri manusia sentiasa berusaha mencari jawpaan..untuk pengetahuan kita yang ingin memberitahu kepada orang lain..yang pasti menangis adalah terapi dalam memulihkan mood...dan bagi yang menganggap menangis boleh menyebabkan seseorang kelihatan lemah..abaikanlah tanggapan itu..kerana tiada seorang pun yang tidak pernah menangis..

Dan tentunya..kita lebih sedih melihat orang yang kita sayang sedih.selalunya kita lebih banyak berdoa untuk diri orang yang kita sayang berbanding diri kita..kita lebih rela diri kita disakiti berbanding orang yang kita sayang..kerana kita tidak ingin melihat mereka MENANGIS tentunya..kerana kita lebih rela kita yang mengalirkan air mata berbanding mereka..kerana hanya kita yang tahu sebabnya...

No comments:

Post a Comment