Wednesday, May 18, 2011

mencuba

Apabila kita melakukan sesuatu pada kali pertama, tentunya perkataan mencuba adalah paling sesuai untuk mengungkap apa jua perkara yang ingin kita lakukan itu..dan setiap namanya manusia pasti tidak terlepas dari mencuba..dan mencuba itu memerlukan keyakinan..betulkah??..adakah keyakinan sahaja yang perlu??..tapi keyakinan bukannya boleh dilihat menggunakan mata, bukan boleh dirasa menggunakan lidah, dan tidak boleh dilsentuh menggunakan kulit..jadi bagaimanakah kita tahu kita berkeyakinan untuk mencuba sesuatu??..mungkin jawapannya..apabila ``terpaksa''..terpaksa untuk melakukan perkara itu pada kali pertama..ataupun cabaran mereka yang suka melihat kita melakukan sesuatu dengan jayanya.

Dan apabila kita berada dalam situasi itu, pastinya semangat untuk melakukan perkara itu sesuatu yang menarik..namun..sejauhmanakah kita berkeyakinan untuk mencuba sesuatu pada pertama kali..dan jika anda berjaya melakukan sesuatu perkara yang pertama kali anda lakukan, anda memang manusia yang terpilih untuk sentiasa merasa gembira dan bahagia..namun jika anda mengalami kegagalan pada kali pertama itu tandanya anda diuji untuk menjadi orang yang sabar..sabar dalam menghadapi kekecewaan, sabar dalam menghadapi kritikan dan sabar untuk mencuba buat kali yang seterusnya..

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar..kerana sabar itu adalah kunci kepada segala perkara kebaikan yang bakal kita perolehi..mungkin bukan dalam jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang..

2 comments: