Thursday, July 26, 2012

Berangan

mahu menjadi seperti orang lain??erm itu perkara yang setiap orang akan pernah terfikir..aku mahu jadi mcm Tokti..hehehe yg boleh pakai baju cantik2..mahu jadi PM, yg handle suma perkara..mahu jadi org kaya yang boleh g melancong tiap masa..jumpa org lain..angan-angan..

ada org ckp dari angan-angan kita bina impian..erm mungkin ya atau mungkin sj imaginasi yg cuba kita realisasikn wlu hakikatny kenyataannya tdk akn mampu digapai oleh tgn..

tp pernah t'fikir juga Tokti xkn mahu jd mcm aku..hehehe..PM jauh skali mahu hidupny mcm aku..org kaya lg la..alahai hanya mampu membina impian..

tp wlu apa hakikat khidupan..nikmat kesyukuran perlu sentiasa ada dlm diri..bersyukurlah walau itu sj rezeki yg kta ada..bersyukurlah krna mungkin org lain tdk mampu seperti apa yg kta miliki..hehehe..kata seorang teman yg amat dirindui...

bersyukur sekurang-kurangnya tuhan sentiasa beri benda yg sama setiap orang iaitu `oksigen' dan bnyk lg perkara lain yg tuhan xbezakn..manusia ni j..pangkat pun entah apa2 gelaran..huhuhu..wlu kaya cmna pun..tetap hidup dgn hidu oksigen yg sama..xdanya org kaya hidu oksigen strawberi..hehehe..

Wednesday, June 20, 2012

persaingan...

erm hari ini teringin mo menulis disini pula..tp mo tulis apa..entah la..xtau gk..tp yg pasti mo tulis psl perkara ni..erm npa org suka ckp dunia ni persaingan ya..sedangkan akhirny dunia ni akan ditinggalkan juga..adakh kita bersaing hanya utk mendapatkan keperluan asas yg sememangnya terhad atau kita sebenarnya ingin bermegah di dunia ni bhwa kta adalah yg terhebat...

kenyataannya aku xsuka persaingan..``persaingan utk menjadi yg terhebat, terpandai..segala yg TER..aku hanya menginginkan kehidupan yang sederhana tapi bkn serba sederhana..aku hanya ingin menggunakan kebolehan yg ada dan berusaha utk memperolehi apa yang aku inginkn..kerana bagi aku persaingan hanya akan mewujudkan situasi dimana kita berusaha utk mengalahkan org lain..


kenapa perlu kalahkan org lain?? sedangkan kita sebenarnya lebih hebat dari apa yg kita fikirkn..erm nk kata utk maruah??tinggi sgt k maruah kta??hehehhe..yg pasti ia xboleh diukurkan..jadi xpyhlah nk ckp utk maruah..utk kepuasan??erm sampai bila kita nk puas sedangkan akhirnya kta akan tersungkur juga..





Wednesday, February 29, 2012

jawapan

Kenapa mesti pilih kerja ini??kenapa tidak pohon kerja seperti si polan dan si polan..erm itu antara teguran yang dibuat oleh beberapa orang sepupu sehingga membolehkan untuk aku meluahkan sesuatu yang lebih bersifat peribadi..dilema yang aku hadapi..hahaahha..salahkah jika aku memilih untuk menjadi seperti yang aku lakukan sekarang ini??perlukah untuk mencontohi apa yang orang lain lakukan??sendiri tanya sendiri jawablah kan nini..

Erm sehingga aku menulis untuk post di blog ini baru aku tahu kenapa aku memilih kerjaya yang sememangnya tidak akan menjadikan aku seorang hartawan ataupun jutawan...atau membolehkan untuk aku hanya duduk di kerusi, di dalam bilik berhawa dingin ataupun masuk kerja mengikut waktu yang ditetapkan...

``Aku tidak mahu menjadi orang yang serba tahu tetapi aku ingin menjadi yang pertama untuk tahu'' itu jawapan kepada soalan sepupu-sepupu ku yang tersayang..soalan yang aku rasa lebih susah dari semua soalan yang pernah aku terima..hahaha..

Soalan yang begitu mencabar sehingga aku tidak mampu menjawabnya secara terus..kerana aku tidak mahu jawapan yang aku berikan nanti akan membuatkan aku termasuk dalam kalangan mereka...mempertikaikan apa orang lain buat dan kerjakan..sedangkan setiap dari kita mempunyai fungsi dan tugas yang perlu dilaksanakan..

Tidak mengapa jika aku tidak mempunyai pangkat...tidak mengapa jika aku tidak menjadi bos...tidak mengapa jika aku tidak dihormat oleh orang...kerana sesekali aku merasa menjadi VVIP...kerana sesekali aku boleh mempengaruhi orang lain untuk membincangkan apa yang telah aku hasilkan..kerana sesekali ada orang lain yang akan terkesan dengan apa yang aku lakukan...itu sudah cukup dan terlebih cukup untuk membayar apa yang aku lakukan..

Kerana aku tahu sepupu-sepupuku yang tersayang anda tidak akan merasa apa yang aku rasa...kebebasan, kepuasan..itu lebih penting dari menunggu pengumuman `gembira' atau `habuan', `bonus'..hahaha..setiap kali belanjawan di bentangkan..

Dan tentunya..aku tidak perlu berhutang dengan rakyat untuk setiap masa, dan wang... jika aku tidak mampu melayan atau memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka...

Teringat filem P.Ramlee..Ibu Mertuaku..hahaha
``Siapa dia Kassim Selamat?..Lawyer,majistret..hahahha
``Ahli Muzik..pantang nenek moyang aku..hahaha..tak ingat daa..





Monday, February 20, 2012

senyum

senyum...itu antara perkataan paling mujarab mampu membuatkan hati yang panas bertambah ceria..hati marah beransur reda..perasaan malu bertukar menjadi perasaan yang boleh diabaikan...apatah lagi ia merupakan sedekah yang tak perlu orang perikaikan keikhlasannya...itu kuasa senyum..senyum yang mampu mengubah keseluruhan perjalanan sehari hidup..tentunya kalau buka laman web wikipedia pelbagai kebaikan tentang senyum dihuraikan satu persatu..namun mampukah kita memanfaatkan kuasa dan kebaikkan perkataan dan perbuatan senyum itu apabila kita berhadapan dengan insan yang tidak sepatutnya atau kejadian yang tidak ingin berlaku pun dalam hidup??tepuk dada tanya hati...

tapi yang pasti apabila menonton drama korea, cemburu dengan masyarakatnya yang begitu menghormati dan saling menyapa setiap masa antara satu sama lain..namun kita di sini..erm bagi salam pun berat sangat mulut..apatah lagi senyum...

tapi apapun mulakan hari dengan ucapan syukur kepada tuhan yang sentiasa memberi peluang kepada kita untuk terus menghirup udara segar dan berilah senyuman kepada setiap orang yang anda ketemui..tak rugi pun..malahan untung..



Wednesday, January 18, 2012

akhbar harakah

semalam aku sempat membaca akhbar harakah semasa dalam perjalanan balik ke rumah yang mengambil masa sejam..tentunya bukan aku yang membeli akhbar itu..almaklumlah aku tiada masa mahu mencari akhbar nasional yang selalunya dijual pada waktu petang sahaja...lagipun akhbar online sekarang ada..huhuhu..walaupun tidak puas tetapi itulah pilihan yang ada..heheheh..akhbar harakah bapa kesayanganku yang beli..dia bukanlah pro kepada parti pembangkang walau kekadang terlebih over juga ulasannya terhadap parti kerajaan..tapi aku suka mendengarnya..terbuka juga pengetahuan aku yang serba sedikit ini..

erm sepanjang membaca akhbar tersebut banyak juga tulisan yang menarik perhatian aku..antaranya Demokrasi Katak Tempurung..dan antara kata-kata yang suka untuk aku baca apabila penulis mengatakan apabila parlimen dibubarkan tiada siapa yang boleh berkempen dibawah kapasiti kerajaan..semua parti yang bertanding mempunyai hak yang sama, berpeluang berkempen dalam media kerajaan, media bebas, suara tidak disekat..tapi di Malaysia halangan pembangkang bukan sekadar disekat dari aspk kewangan bahkan dari semua segi penjuru..rapat umum parti kerajaan boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen  menggunakan nama BN..media utama dikuasai 100 peratus oleh parti memerintah..jika di Thailand parti pro thaksin didakwa menggunakan wang untuk membeli undi..tapi di malaysia BN guna duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk membeli undi..hehehe..hanya sampai situ yang aku ingat..tapi banyak lagi sebenranya yang dia tulis..

aku suka baca tulisannya..bagaimana penulis itu mempersoalkan sistem demokrasi yang begitu unggul sebenarnya pincang sama sekali..demokrasi yang dicipta untuk membolehkan mereka terus menggunakan kapasiti sebagai pemimpin..menarik..ada betulnya juga...itu komen aku..

lagi tajuk yang turut menarik perhatian aku..Bantah Kerajaan Pindah Aset KPF..apa yang menarik perhatian aku ialah apabila penulis mempertikaikan apa perlunya pengapungan aset felda untuk disenarai di bursa saham..apa jaminan PM bahawa aset felda itu akan kekal dan tidak jatuh ke tangan asing sedangkan pasaran saham turun naik..bagaimana PM hanya boleh berjanji mengatakan peneroka akan mendapat durian runtuh...penulis menyatakan perkara itu dibahas dan dibincang dengan cermat..terus aku terfikir..betullah apa yang dia tulis..mungkin PM sekarang boleh berjanji macam-macam tapi macam mana akan datang..huhuh..

erm banyak yang ingin ditulis tetapi setakat ini sahaja..nanti sambung...

Sunday, January 1, 2012

Peluang

Peluang tidak menunggu kita. Ayat ini memang ada kebenarannya. Kerana jika kita tidak merebut peluang yang ada, kita akan terlepas atau mungkin kita tidak lagi berpeluang untuk mempunyai peluang kedua, ketiga atau seterusnya. Umpama ayat yang acap kali dituturkan oleh setiap daripada kita yang berbunyi, ''kita hidup hanya sekali, jadi hargailah'' atau ''masa muda hanya sekali''..semuanya hanya SEKALI..betulkah??

Kekadang peluang yang datang selalunya memerlukan kita untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil peluang yang ada atau menolaknya..dan keputusan itu selalunya membuatkan kita mengenepikan peluang yang ada.

Hehehe..pelik tetapi itulah hakikat kehidupan..ada yang hanya bersikap redha(menyerah) atau pasrah(terpaksa) apabila berhadapan dengan situasi yang tidak memungkinkan kita untuk tidak merebut peluang yang terhidang di depan mata..Kerana keyakinan bahawa pasti akan ada..yang lebih baik untuk kita atau ayat yang menyedapkan diri sendiri ia bukan rezeki kita..kerana sebaik-baik perancangan itu hanya DIA yang maha mengetahui dan maha menentukan.

Idea ini dipetik apabila terlihat iklan audition Mentor di televisyen pagi tadi..umur penyertaan 18 hingga 26 tahun..erm rupanya dah terlepas peluang nak join..hehehe walaupun xda niat sebenarnya..