Setiap kali menangis apa yang kita rasakan??..tentunya satu perasan yang begitu tidak selesa dan berharap agar ia cepat berlalu. kerana apabila kita menangis pastinya wajah kita berada dalam keadaan hodoh walaupun kerana tiada senyuman yang sentiasa membuat wajah kita kelihatan cantik setiap masa..namun kekadang ada juga yang menangis walaupun mendapat khabar gembira..Mengapa agaknya??..
Tetapi tidak perlu untuk kita huraikan bagaimana kita boleh mengalirkan air mata..atau membuat kajian bagaimana air mata boleh terhasil semasa kita berada dalam situasi sedih..kerana pastinya hanya tuhan mempunyai jawapan kepada setiap persoalan..apapun kajian yang boleh dikaitkan dengan bagaimana air mata boleh terhasil apabila kita sedih hanya sebagai jawapan kepada perasaan ingin tahu..kerana naluri manusia sentiasa berusaha mencari jawpaan..untuk pengetahuan kita yang ingin memberitahu kepada orang lain..yang pasti menangis adalah terapi dalam memulihkan mood...dan bagi yang menganggap menangis boleh menyebabkan seseorang kelihatan lemah..abaikanlah tanggapan itu..kerana tiada seorang pun yang tidak pernah menangis..
Dan tentunya..kita lebih sedih melihat orang yang kita sayang sedih.selalunya kita lebih banyak berdoa untuk diri orang yang kita sayang berbanding diri kita..kita lebih rela diri kita disakiti berbanding orang yang kita sayang..kerana kita tidak ingin melihat mereka MENANGIS tentunya..kerana kita lebih rela kita yang mengalirkan air mata berbanding mereka..kerana hanya kita yang tahu sebabnya...
Saturday, May 21, 2011
Wednesday, May 18, 2011
mencuba
Apabila kita melakukan sesuatu pada kali pertama, tentunya perkataan mencuba adalah paling sesuai untuk mengungkap apa jua perkara yang ingin kita lakukan itu..dan setiap namanya manusia pasti tidak terlepas dari mencuba..dan mencuba itu memerlukan keyakinan..betulkah??..adakah keyakinan sahaja yang perlu??..tapi keyakinan bukannya boleh dilihat menggunakan mata, bukan boleh dirasa menggunakan lidah, dan tidak boleh dilsentuh menggunakan kulit..jadi bagaimanakah kita tahu kita berkeyakinan untuk mencuba sesuatu??..mungkin jawapannya..apabila ``terpaksa''..terpaksa untuk melakukan perkara itu pada kali pertama..ataupun cabaran mereka yang suka melihat kita melakukan sesuatu dengan jayanya.
Dan apabila kita berada dalam situasi itu, pastinya semangat untuk melakukan perkara itu sesuatu yang menarik..namun..sejauhmanakah kita berkeyakinan untuk mencuba sesuatu pada pertama kali..dan jika anda berjaya melakukan sesuatu perkara yang pertama kali anda lakukan, anda memang manusia yang terpilih untuk sentiasa merasa gembira dan bahagia..namun jika anda mengalami kegagalan pada kali pertama itu tandanya anda diuji untuk menjadi orang yang sabar..sabar dalam menghadapi kekecewaan, sabar dalam menghadapi kritikan dan sabar untuk mencuba buat kali yang seterusnya..
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar..kerana sabar itu adalah kunci kepada segala perkara kebaikan yang bakal kita perolehi..mungkin bukan dalam jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang..

Subscribe to:
Posts (Atom)